Halaman

Logo Pakatan Rakyat

Logo Pakatan Rakyat

Selasa, 18 Mei 2010

BN Tumbang!

Satu kejutan pada Pilihan Raya Kecil P 212 Sibu,apabila calon BN dari SUPP,Hui Yew tewas di tangan calon DAP,Wong Ho Leng dengan majoriti tipis iaitu 398 undi.PRK ini menyaksikan tiga calon yang bertanding.Calon bebas,Narawi hanya mendapat 232 undi yang menyaksikannya hilang wang pertaruhan.Sebelum ini,kerusi ini disandang oleh Robert Lau Hoi Chew.

  • Wong Ho Leng (DAP)-18,845
  • Hui Yew (BN)- 18,447
  • Narawi Haron (Bebas)-232

Jumaat, 7 Mei 2010

Perbezaan Antara Isteri PM dan Ketua Pembangkang


Perbezaan antara kriteria antara isteri kepada Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang Malaysia.

Datin Wan Azizah Wan Ismail isteri kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim kelihatan anggun dengan imejnya yang bertudung dan islamik. Datin Seri Rosmah Mansor tidak bertudung meskipun beragama Islam.Apakah hukumnya jika orang Islam tidak bertudung?Apakah hukumnya kepada suaminya jika isterinya tidak bertudung?Bolehkah Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi contoh kepada umat Islam?Renung-renungkanlah dan fikirkanlah menggunakan akal yang dikurniakan Allah Taala.



Posted by Picasa

SNAP Menyertai Pakatan Rakyat

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menyertai Pakatan Rakyat pada 20 April 2010 menjadikan Pakatan Rakyat berkembang menjadi 4 parti yang terlebih dahulu disatukan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS),Parti Keadilan Rakyat (PKR),Democratic Actions Party (DAP).SNAP telah menyertai gabungan Pakatan Rakyat secara rasminya menjelang pilihan raya kecil kawasan parlimen Sibu pada 16 Mei 2010.

Parti Kebangsaan Sarawak merupakan parti politik tertua bangsa Dayak Sarawak yang ditubuhkan pada 10 April 1961.Penubuhan SNAP memberi pilihan kepada kaum Dayak bergerak dalam bidang politik.Setelah ditubuhkan pada 1961, SNAP telah menjadi salah sebuah parti komponen Perikatan semenjak 1963 apabila Sarawak menyertai penubuhan dan merdeka dalam gagasan persekutuan Malaysia.
Pada 1965, SNAP telah disingkir dari gabungan Perikatan setelah usaha pengulingan Stephen Kalong Ningkan dari jawatan Ketua Menteri atas alasan kerana sokongan dan desakan SNAP bagi peningkatan kuasa autonomi untuk negeri Sarawak.Pada 1976, SNAP telah menyertai semula Barisan Nasional yang baru mengantikan Perikatan.Namun pada 2004, SNAP dipecat kali kedua dari BN rentetan krisis kepimpinan SNAP.