Halaman

Logo Pakatan Rakyat

Logo Pakatan Rakyat

Khamis, 3 Jun 2010

Kumpulan Penyokong PAS

Mengikut pemerhatian saya,penyokong PAS terbahagi kepada 3 bahagian.


  • Kumpulan Pertama:Penyokong PAS yang menyokong Pakatan Rakyat,hasil gabungan PAS,PKR,DAP dan juga SNAP.Kumpulan pertama ini turut menyokong pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang,Tuan Guru Abdul Hadi Awang.                                                                           
  • Kumpulan Kedua:Penyokong PAS yang menyokong hanya PAS,tetapi tidak kepada parti dalam Pakatan Rakyat yang lain.Mereka tidak mempercayai parti seperti PKR dan DAP.
  • Kumpulan Ketiga:Penyokong PAS yang menyokong BN.Mereka hanya menyokong PAS dari segi PAS parti yang berteraskan Islam.Tetapi,dari segi pentadbiran,mereka menyokong BN.
Jadi,di mana kumpulan yang anda mahu sertai?Sebaiknya sebagai penyokong PAS,mestilah menjadi kumpulan yang pertama yang menyokong tindakan PAS bergabung dengan PKR,DAP membentuk Pakatan Rakyat.

Selasa, 1 Jun 2010

Judi Bola: Haram atau Halal?

Perdana Menteri Malaysia,Dato' Seri Najib Tun Razak menghalalkan judi bola di Malaysia sempena Piala Dunia yang berlangsung tahun ini.Ini menyebabkan ramai pihak tidak mensetujui apa yang dibuat oleh Najib.Tindakan Najib mencerminkan dia bukan seorang Muslim dan pemimpin yang baik.Rakyat membantah tindakan tersebut dengan mengadakan perhimpunan dan demonstrasi secara aman di Kuala Lumpur,Terengganu,Pulau Pinang,Kelantan,Perak dan Selangor.

              Apa sebenarnya yang Najib mahukan daripada tindakannya meluluskan lesen perjudian...Menurut Ketua Pemuda Pas Pusat,Ustaz Nasrudin Hassan,kerajaan meluluskan lesen judi kepada Berjaya Group kerana mahu membalas jasa kepada taukenya,Vincent Tan.Berjaya Group telah banyak member bantuan kapada BN bagi berdepan parti-parti pembangkang dalam setiap pilihan raya.

Tidakkah Najib takut kepada balasan Allah S.W.T.?